Site Last Updated 5:49 pm, Wednesday

SK Senadin ungguli bola sepak bawah 12 tahun Miri

Posted on April 14, 2012, Saturday

MIRI: Sekolah Kebangsaan (SK) Senadin muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Miri di sini, baru-baru ini.

Pertandingan disertai 18 buah sekolah rendah di sekitar daerah ini dan berlangsung selama tiga hari di padang sekolah SK Senadin.

Pertandingan diadakan secara liga kumpulan dan SK Senadin diundi dalam kumpulan B bersama SK Anchi, SK Lutong, SK Merbau dan SK Agama.

Di peringkat kumpulan, SK Senadin muncul sebagai juara kumpulan dengan memenangi tiga perlawanan dan seri satu perlawanan menentang SK Anchi.

Pada perlawanan akhir, SK Senadin menewaskan SK Kuala Baram 2 dengan 5-0 sementara SK Lambir menewaskan SK Tudan 2-1 bagi mengesahkan tempat ketiga.

“Kita telah berusaha dan mencuba beberapa tahun yang lalu, namum nasib belum menyebelahi kita. Tetapi hari ini, usaha kita telah membuahkan hasil,” kata Penolong Kanan Kokurikulum SK Senadin, Albert Bangau Pengarah.

“Menjadi juara adalah idaman semua pasukan. Untuk mendapatkannya bukan mudah. Komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh pemain dan jentera pasukan SK Senadin menjadikan yang mustahil menjadi kenyataan,” tambah Guru Besar SK Senadin, Wilfred Mac.

Kejayaan itu menyusuli kejayaan sekolah berkenaan yang muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah (MSSR) Daerah Miri baru-baru ini.

Majlis penangguhan perasmian disempurnakan oleh Guru Besar Sk Anchi, Abdul Aziz Taie merangkap pengerusi Zon Senadin.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.