Site Last Updated 4:30 pm, Saturday

Kes jenayah seksual mangsa bawah 16 tahun meningkat

Posted on April 19, 2012, Thursday

KUALA LUMPUR: Jumlah kes jenayah seksual atau rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun, dilihat menurun pada 2010 tetapi meningkat semula pada tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 1,777 kes dicatatkan pada 2010 tetapi meningkat semula kepada 2,419 kes pada tahun lalu.

Sebanyak 924 kes telah dicatatkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009), katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

“Antara faktor utama yang dikenal pasti berlakunya kes jenayah seksual ke atas kanak-kanak adalah seperti mangsa berada sendirian sama ada di dalam atau di luar rumah, mangsa culik dan mangsa diugut.

“Faktor lain ialah kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh dari media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka,” katanya. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.