Bomoh penipu tumpas

1

BERJAYA DITEMUI: Mat Jusoh (kanan) menunjukkan barang kemas yang ditemui semula sambil diperhatikan oleh Marcel (kiri) serta pegawai kanan yang lain semasa sidang media semalam.

SRI AMAN: Kumpulan diberkas selepas tipu barang kemas bernilai RM40,000.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sri Aman berjaya menumpaskan satu kes penipuan yang hampir melibatkan kerugian bernilai RM40,000.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Mohamad berkata, kes penipuan yang melibatkan barang kemas milik sebuah keluarga itu berlaku di Lingga kelmarin.

Menurutnya, dalam kejadian ber-kenaan keluarga terbabit didatangi sekumpulan lelaki dan wanita yang memberitahu keluarga terbabit bahawa mereka adalah bomoh dan pandai mengubati pelbagai penyakit.

“Kebetulan dua daripada tiga ahli keluarga berkenaan yang terdiri daripada ibu mentua dan anaknya se-memangnya sedang sakit dan telah terpedaya dengan helah bomoh ter-babit,” ujarnya.

Kata Mat Jusoh lagi, semasa bomoh berkenaan yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita hendak mengubati kedua-dua mangsa berke-naan, bomoh berkenaan telah meminta kepada kedua-dua mangsa untuk menanggalkan segala barang kemas di badan mereka dan dibungkus dengan kain hitam dan perlu direndam di dalam air kerana air emas itu boleh diguna-kan untuk mandi dan dapat menyembuhkan penyakit mangsa.

“Semasa mangsa mandi dengan air emas itu, bomoh terbabit telah me-nukar segala emas yang dibungkus di dalam kain berwarna hitam tersebut kepada satu lagi kain warna hitam yang lain dan bomoh berkenaan berpesan supaya membuka bungkusan hitam tersebut selepas mandi.

“Selepas mandi dan bomoh itu beredar, barulah mangsa merasakan diri mereka ditipu oleh bomoh berkenaan dan mangsa telah mendapati bahawa yang terdapat di dalam bungkusan hitam itu adalah botol ubat batuk, duit syiling dan sumping telinga tembaga,” jelasnya.

“Menyedari diri mereka ditipu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Lingga sekitar jam 7 malam di mana kejadian berkenaan berlaku pada jam 6 petang semalam.

“Berikutan laporan oleh mangsa, pihak Balai Polis Lingga telah menyalurkan maklumat tersebut kepada Bilik Kawalan di IPD Sri Aman dan maklumat tersebut telah dimaklumkan kepada semua anggota yang bertugas semalam,” katanya.

Berikutan kepantasan pihak polis, suspek telah berjaya dikesan meletakkan kenderaan Proton Iswara putih di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Simanggang.

“Semasa hendak melakukan pe-meriksaan, suspek yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki ber-usia antara 30-an hingga 70-an itu cuba hendak melarikan diri.

“Bagaimanapun polis berjaya memberkas mereka di Kilometer 9, Simpang Temudok, Sri Aman pada jam 11.50 malam tadi (kelmarin).

“Berdasarkan laporan mangsa, suspek yang diberkas tersebut adalah yang berkunjung ke rumah mereka berdasarkan kereta Proton Iswara putih yang mereka gunakan semasa melakukan penipuan tersebut.

“Menurut laporan mangsa lagi, semasa melakukan penipuan tersebut, hanya dua lelaki dan seorang wanita sahaja yang berkunjung ke rumah mangsa manakala dua yang lain dipercayai menunggu di dalam kereta,” katanya.

Jelas Mat Jusoh lagi, semasa diberkas pihaknya berjaya menemui kembali tiga utas gelang emas, seutas rantai, seutas keronsang emas, sebentuk anting-anting serta tiga bentuk cincin emas manakala sebuah jam yang dilaporkan oleh mangsa tidak dapat dikesan.

Tambahnya, berikutan penangkapan tersebut, kelima-lima suspek kini telah ditahan empat hari dan akan didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Penipuan).

Ketika ditanya, kelima-lima suspek berasal dari luar daerah Sri Aman dan berbangsa Iban.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar melaporkan segera kepada pihak polis sekira-nya mereka tertipu dan sebagainya agar kejadian seperti ini dapat di-selesaikan dengan segera.

“Setakat ini, ini adalah kes penipuan yang paling besar, bagaimanapun kami telah berjaya menumpas-kan semua suspek ini,” jelasnya.

Hadir sama pada sidang media di Bilik Gerakan IPD Sri Aman petang semalam ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Inspektor Marcel Ireneus, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah ASP Ang Tuan Peck serta pegawai kanan polis yang lain.