Parti Pekerja Sarawak diluluskan pendaftarannya

0

KUCHING: Parti Pekerja Sarawak diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dua hari yang lepas, demikian me-nurut Presiden Penajanya Dr Ong Lark Sai semalam.

Ong bagaimanapun menafikan pembabitan ahli politik veteran Datuk Sng Chee Hua dan anaknya yang juga Penasihat Khas Belia Larry Sng de-ngan penubuhan parti tersebut.

“Kami cuma memenuhi untuk kesejahteraan rakyat kelas pekerja. Parti kami bukan parti pelbagai kaum tetapi kami bukan parti untuk satu kaum sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Enggan memberitahu tentang keahlian lain dalam barisan pemimpin parti baharu itu, beliau mengesahkan Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Pelagus George La-gong yang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 bertanding atas tiket Bebas merupakan timbalannya.

Ong yang sebelum ini dikatakan akan menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada me-mihak parti pemerintah atau pembangkang belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, Ong tidak menafikan parti tersebut berminat untuk meletakkan calon di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Akhbar baru-baru ini melaporkan parti tersebut berminat untuk bertanding di kawasan-kawasan yang membabitkan wakil daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).

PRS mempunyai wakil rakyat di Parlimen Hulu Rajang, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau dan Selangau.

Beliau memberitahu majlis pelancaran parti itu akan diadakan dalam masa terdekat, tetapi mungkin bukan di Kuching.

George yang turut mengesahkan pendaftaran parti itu turut enggan men-dedahkan barisan kepimpinan parti.

Laporan juga sebelum ini men-dakwa George kemungkinan bertan-ding di Hulu Rajang di mana PRS akan meletakkan muka baharu, Wilson Ugak Kumbong yang juga me-rupakan setiausaha sulit Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, BN memandang serius anasir-anasir yang menentang BN.

“Kami menilai setiap pihak de-ngan cara yang sama. Begitu juga jika parti baharu ingin menentang kami (BN),” katanya.