Warga emas maut dilanggar motokar

0

SANDAKAN: Seorang warga emas maut selepas dilanggar sebuah motokar di Jalan Buli Sim-Sim (berhadapan tokong besar) di sini awal pagi kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Tham Yan Hon @ Than Chee On, 73, meniggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali dalam satu kenyataan di sini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.50 pagi semasa pemandu motokar sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Sandakan menuju ke Batu 4.

Katanya, ketika sampai di kawasan kemalangan, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar mangsa yang ketika itu berada di bahu jalan. Pemandu itu juga melanggar pagar batu serta tembok paip sebelum berhenti.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.