Pasukan KWB dinobatkan sebagai johan Kejohanan Bola Sepak Wilayah Selatan

0

MANTAP: Pasukan Lembaga Air Kuching yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Wilayah Selatan, JKR Sarawak bergambar kenangan selepas dinobatkan sebagai johan.

SRI AMAN: Pasukan Lembaga Air Kuching (KWB) dinobatkan sebagai johan Kejohanan Bola Sepak Wilayah Selatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak 2012 di Stadium Kompleks Sukan Bahagian Sri Aman dekat sini kelmarin.

Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing disandang pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dan JKR Bahagian Betong manakala JKR Sri Aman menduduki tempat keempat.

Sementara itu, Anugerah Penjaring Terbanyak sepanjang kejohanan ini disandang oleh Mahdir Seliman daripada JKR Betong dan Mohd Safri Adam daripada Lembaga Air Kuching yang masing-masing menjaringkan tiga gol.

Terdahulu, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan ini  disempurnakan oleh Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman Cassidy Morris.

Dalam pada itu, sebanyak enam pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari dekat sini antaranya ialah pasukan JKR Kuching, JKR Samarahan, JKR Sri Aman, JKR Betong, JKR Ibu Pejabat dan Lembaga Air Kuching.