Site Last Updated 1:24 pm, Saturday

Kereta terbabas, pemandu cedera parah

Posted on May 15, 2012, Tuesday

TERBABAS: Pemandu yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut.

KUCHING: Seorang lelaki berusia setengah abad mengalami kecederaan parah di kepala apabila Proton Iswara yang dinaikinya terbabas di Jalan Sungai Maong, petang kelmarin.

Pemandu bersama dua penumpang dikatakan hilang kawalan berikutan jalan licin.

Mangsa melanggar pagar di tepi jalan dan seterusnya terbabas ke dalam parit.

Bagaimanapun, dua penumpang yang salah seorang daripadanya merupakan anak pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan serius.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.