PADE tidak puas hati permohonan maaf Harian Metro

20

KUCHING: Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Masyarakat Penan Sarawak (PADE) tidak puas hati dengan permohonan maaf yang disiarkan Harian Metro semalam kerana ia seolah-olah tidak ikhlas.

Presiden PADE Ezra Uda berkata sepatutnya permohonan maaf itu disiarkan pada muka surat depan dan bukan di halaman 9 yang menunjukkan sikap acuh tak acuh pihak terbabit.

Susulan berita bertajuk ‘Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku’ disiarkan Metro Ahad pada 13 Mei lepas, persatuan berkenaan turut meminta Harian Metro mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada mereka.

Katanya beliau kesal dengan laporan itu kerana ia akan memberi persepsi negatif masyarakat umum terhadap kaum Penan.

“Oleh yang demikian kami sebagai kaum Penan, pendukung dan penyokong masyarakat Penan amat kecewa dan sakit hati dengan cara pelaporan wartawan Harian Metro yang tidak beretika dan tidak bertamadun,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Ezra berkata lagi kenyataan itu juga hendaklah disiarkan di surat khabar utama berbahasa Malaysia.

Sambil memberitahu kebanyakan orang Penan memeluk Kristian, Ezra memberitahu adat perkahwinan mereka sebelum itu adalah berpaksikan ‘Omen’ atau ‘Amen’ yang mana tidak ada satu pun yang membenarkan hubungan sesama mahram.

Oleh itu, katanya akhbar tabloid itu bukan saja mengemukakan kenyataan dan fakta yang salah tetapi laporan ini memalukan kaum Penan, sengaja mengaibkan masyarakat Penan.

“Penghinaan Harian Metro ini meninggalkan kesan negatif secara emosi dan psikologi kepada kaum Penan khasnya dan umumnya kepada rakyat Sarawak.

“Igauan dan gangguan psikologi ini akan membantutkan fokus pelajar-pelajar di universiti, di kolej dan di sekolah-sekolah,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyifatkan isu dan masalah tidak ada kad pengenalan di kalangan kebanyakan orang Penan tidak ada kena-mengena dengan artikel tersebut.

“Sekiranya akhbar berkenaan gagal menunaikan tuntutan kami, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Temenggung Datuk Hassan Sui menyifatkan laporan itu sebagai ‘menghina dan mencemarkan imej seluruh masyarakat Penan’ serta tidak masuk akal sama sekali.

Beliau berkata laporan itu membawa implikasi bahawa masyarakat Penan tidak mempunyai tradisi dan undang-undang untuk mentadbir kesejahteraan masyarakat.

“Saya amat kecewa dengan laporan oleh Metro Ahad kerana ia telah menghina masyarakat kami dan memberi gambaran yang amat negatif kepada kami, seolah-olah kami tidak mempunyai adat dan tradisi.

“Saya amat mengutuk laporan tersebut dan ingin saya nyatakan di sini bagi pihak masyarakat Penan di Sarawak, kami ingin laporan diperbetulkan oleh Harian Metro kerana ia sensitif,” katanya.

Beliau turut menambah, sumbang mahram tidak berlaku kepada masyarakat lain dan untuk mengatakan ia berleluasa dalam masyarakat Penan adalah tidak masuk akal.

Hassan yang merupakan jutawan pertama Penan memandangkan beliau ialah perintis dalam industri kelapa sawit di Suai, Niah menambah, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkaitan dan meminta akhbar itu menarik balik laporan tersebut.

“Saya ingin menasihati sesiapa yang tidak mengenali budaya dan tradisi kami agar tidak menulis apa-apa mengenai Penan tanpa berunding dengan kami terlebih dahulu.

“Kami juga mempunyai maruah, jangan memandang rendah terhadap kami,” katanya.KUCHING: Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Masyarakat Penan Sarawak (PADE) tidak puas hati dengan permohonan maaf yang disiarkan Harian Metro semalam kerana mendakwa ia seolah-olah tidak ikhlas.

“Kami juga mempunyai maruah, jangan memandang rendah terhadap kami,” katanya.