Site Last Updated 1:53 pm, Saturday

Gerhana matahari cincin dijangka berlaku pada 20 Mei

Posted on May 18, 2012, Friday

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya dapat disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei. Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.

Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ke-tara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari me-nyebabkan matahari kelihatan seperti Anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan dari-pada cahaya matahari.

Menurut portal itu, fasa Anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan baha-gian barat Amerika Syarikat serta Kanada.

Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque berada di laluan pusat. Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh lima minit dan 46.3 saat. Ia akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.

Portal itu juga menyatakan satu gerhana Anulus mungkin kelihatan seperti gerhana matahari separa di sebuah rantau yang jaraknya beribu-ribu kilometer.

Orang ramai yang mahu melihat gerhana matahari itu boleh merujuk http://eclipse.gsfc. nasa.gov/SEgoogle/SEgoogle2001/SE2012May20Agoogle. html. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.