Bernama kini antara agensi berita terunggul di rantau Asia

0

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam menyarankan agar sektor swasta memberi cuti tanpa rekod kepada pekerja berketurunan Sikh bagi membolehkan mereka meraikan sambutan Vaisakhi.

Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan penjawat awam berketurunan Sikh bercuti pada hari tersebut, kata Naib Presidennya A. Balasubramaniam.

Bulan lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bermula tahun depan, penjawat awam daripada kaum itu akan diberi cuti pada hari Vaisakhi iaitu sambutan tahun baru Sikh, yang lazimnya jatuh pada setiap 13 atau 14 April.

Mengulas lanjut, Balasubramaniam berkata langkah itu juga adalah seiring dengan semangat 1Malaysia memandangkan penganut agama lain termasuk Islam, Kristian dan Hindu telah pun KOTA KINABALU: Setelah 44 tahun beroperasi dan kini mempunyai pejabat di beberapa bandar besar di dunia, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah melonjak menjadi antara agensi berita terunggul di rantau Asia, kata Pengerusi Penaja Persatuan Media dan Komunikator BIMP-EAGA (BEMCA) Datuk Joniston Bangkuai.

Bangkuai yang juga Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) berkata dengan rangkaian pejabatnya di semua bandar besar di seluruh negara, Bernama kini mampu memberi liputan berita yang meluas, termasuk di kawasan terpencil.

Bagaimanapun, masih ada ruang untuk penambahbaikan perkhidmatan Bernama bagi memastikan agensi berita nasional itu terus relevan sejajar dengan tuntutan global dan dunia tanpa sempadan, katanya dalam satu kenyataan di sini sempena ulang tahun ke-44 Bernama semalam.

“Di Sabah, walaupun jumlah kakitangan Bernama telah bertambah namun masih tidak memadai kerana keluasan negeri di bawah bayu ini yang hampir sama dengan saiz beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia.

“Kedudukan unik di Sabah dan begitu juga di Sarawak yang mempunyai banyak akhbar terbitan setempat, menghendaki pewujudan unit mini penyuntingan berita (Bernama) di Kota Kinabalu bagi memastikan proses penyediaan berita yang tepat dan cepat terutama berita setempat,” katanya.

BIMP-EAGA ialah Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina.

Bangkuai yang juga bekas wartawan Bernama pada awal tahun 80-an berkata Bernama juga perlu mempertimbangkan pewujudan unit BernamaTV di Sabah yang beroperasi sepenuh masa memandangkan kemajuan pesat dan pertambahan penduduk di Sabah. — Bernama