Eisner juara Pertandingan Bintang Lagu Klasik Iban

0

KUCHING: Lagu ‘Teke-nangka Nuan’ (Teringatkan Kamu) dan ‘Sera Nyawa’ (Kemerduan Suara) membawa tuah kepada Eisner Nala Jackson apabila menewaskan tujuh finalis lain pada Pertan-dingan Bintang Lagu Klasik Iban malam kelmarin.

Pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taee, Serian itu menerima hadiah wang tunai RM2,500, piala dan hamper, selain ditawar menerbitkan album dengan OCS Studio.

Ditemui selepas diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan yang diadakan di Pusat Ekumenikal Kristian, Eisner berkata beliau ingin menyumbang peranan dalam mengangkat martabat industri muzik iban.

“Walaupun masih muda saya gemar mendengar lagu klasik Iban. Ia bermula apa-bila ibu saya membuka radio pada awal pagi ketika lagu-lagu Iban berkumandang,” kata anak bongsu daripada enam beradik itu.

Tempat kedua dimenangi peserta lelaki, Fledarus Udin. Beliau yang berusia 26 tahun membawa balik RM2,000, piala dan hamper.

Wang tunai RM1,500 pula dimenangi Rina Bayu Adilana, 17, yang turut membawa piala dan hamper selaku pemenang tempat ketiga.

Mereka berdua turut di- tawar menerbitkan album dengan OCS Studio.

Pauline Arah, peserta ber-usia 43 tahun, muncul sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan menerima hadiah RM500.

Hadiah-hadiah disampai-kan Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom.

Empat finalis lain ialah Valerie Thiam, Suhaini Mat, Philip Johnny dan Lawrence E.

Mereka dan Pauline ma-sing-masing menerima sagu hati RM300, piala dan sijil penyertaan.

Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Dayak Kuching Mervyn Tajem dalam ucapannya berkata, pertandingan bertujuan mempromosikan bahasa Iban dan memupuk minat terhadap lagu klasik Iban.

Utusan Borneo dan The Borneo Post merupakan media rasmi pertandingan yang pada awalnya menerima 74 penyertaan sebelum disaring menerusi sesi uji bakat pada 28 April.