PM akan hubungi Raja Abdullah bincang kuota jemaah haji M’sia

0

PUTRAJAYA: Perdana Men-teri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari Malaysia yang berisiko terjejas ekoran isu perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Ma-dinah pada 26 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa memaklumkan perkara itu berkata isu itu perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan sebarang mas-alah tidak diingini.

“Isu ini perlu diselesaikan dengan segera kerana kita tidak mahu apabila pada saat akhir nanti berlaku pula kejadian yang tidak diingini.

“Jika berlaku sesuatu tindakan daripada Arab Saudi, akan berlaku masalah pula ke-rana semua persiapan menunaikan haji tahun ini seperti sewa kapal terbang, hotel dan melantik syarikat yang membekalkan makanan kepada jemaah sudah selesai sepenuhnya,” katanya selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia di Pusat Konvensyen An-tarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Sebelum ini, Arab Saudi menghantar nota kepada Wisma Putra melahirkan rasa ke-cewa dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia itu. — Bernama