Lelaki sempat menyelamatkan diri apabila kereta dipandunya terbakar

0

ROSAK TERUK: Keadaan Perodua Viva yang terbakar di bulatan Stutong-Samarahan, kelmarin.

KUCHING: Seorang lelaki bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri apabila Perodua Viva yang dipandunya terbakar, malam kelmarin (Ahad).

Dalam insiden hampir jam 8 malam itu, difahamkan lelaki yang dikenali sebagai Kenneth Jeffery sedang menuju ke arah Kota Samarahan apabila menyedari sesuatu tidak kena pada keretanya.

Mangsa sempat memberhentikan kereta di bulatan Stutong-Samarahan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya.

Lelaki tersebut yang memandu berseorangan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba Tabuan Jaya Tawang Linggem memberitahu mereka menerima panggilan sekitar jam 7.52 malam dan mengerahkan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah ekoran litar pintas,” katanya.