Home - Utusan Borneo - Berita Sabah - Penunggang motosikal maut bertembung 4WD
Penunggang motosikal maut bertembung 4WD
by MOHD NAZIB MACPEE. Posted on June 16, 2012, Saturday
LAHAD DATU: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal jenis Naza Flash 125 yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux Vigo dalam kejadian yang berlaku di kilometer 42, Jalan Lahad Datu-Tungku, dekat sini, pagi kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 8.05 pagi itu, mangsa Abdul Hayat, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dikatakan menunggang motosikalnya tanpa menggunakan topi keledar.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan awal pihaknya di tempat kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada penunggang motosikal terbabit yang menghala dari Felda menuju ke Lahad Datu, apabila sampai di tempat kejadian di satu selekoh telah hilang kawalan lalu merempuh kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat daripada rempuhan itu, mangsa tercampak di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya sambil menambah pemandu 4WD terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
<< Previous Entry - Next Entry >>



