Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM adakan kaunter bergerak Sabtu ini
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM adakan kaunter bergerak Sabtu ini
Posted on June 21, 2012, Thursday
KUCHING: Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan kaunter bergerak pada 23 Jun (Sabtu) ini di dewan serba guna Kampung Gedong Simunjan.
Kaunter bergerak itu bertujuan memberi penerangan dan panduan mengenai Skim Bantuan Kebajikan, Skim Bantuan Perubatan dan Skim Bantuan Pendidikan selain membantu bekas ATM menyelesaikan masalah-masalah lain yang dihadapi.
Veteran ATM yang mahu berurusan di kaunter berkenaan perlu membawa bersama kad pengenalan veteran dan isteri, Buku Perkhidmatan BAT D92, BAT 84, BAT D86, gambar berukuran pasport, sijil nikah (jika berkaitan) dan lain-lain dokumen berkaitan dengan perkhidmatan ATM.
Kaunter akan dibuka kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kaunter boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM di talian 082-230357 atau 230358.
<< Previous Entry - Next Entry >>



