Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Kebakaran belukar serius

Kebakaran belukar serius

by Reno Benjamin. Posted on June 22, 2012, Friday

SIBU: Sejumlah 283 kes kebakaran belukar dicatat di seluruh Sarawak bagi enam bulan pertama tahun ini, dengan kes tertinggi dicatat pada bulan Mei dan Jun.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Farhan Sufyan Borhan ber-kata, sejumlah 106 kes dilaporkan pada bulan Mei dan 82 kes lagi pada bulan Jun, sehingga kelmarin.

Katanya peningkatan kes kebakaran belukar itu disebabkan musim kemarau yang melanda Sarawak pada masa kini, yang diburukkan lagi dengan pembakaran terbuka.

“Sepanjang tahun lepas, kami mencatat 601 kes kebakaran belukar di seluruh Sara-wak,” ujarnya ketika dihubu-ngi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung jumlah kes kebakaran belukar di Sarawak serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengusaha ladang dan orang ramai ketika musim kemarau.

Usaha memadam kebakaran belukar jelas Farhan, menjadi sukar apabila kebakaran berlaku di tanah gambut yang mempunyai kedalaman se-hingga tiga meter.

“Sarawak mempunyai 14 peratus tanah gambut dan daripada jumlah itu, 95 peratus tanah gambut ini mempunyai kedalaman sehingga tiga meter,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengusaha ladang agar tidak melakukan pembakaran terbuka serta perlu mendapat-kan kebenaran daripada pihak berkuasa jika ingin melakukan aktiviti tersebut.

Ditanya lanjut berhubung kebakaran di ladang yang di-sebabkan pembakaran terbuka, Farhan memberitahu usaha memadam kebakaran kadangkala mengambil masa seminggu hingga sebulan, bergantung kepada keadaan cuaca.

“Ada masanya ia hanya mengambil masa seminggu dan boleh berlarutan sehingga sebulan bergantung kepada ke-adaan cuaca,” ujarnya sambil memberitahu bekalan air bagi memadam kebakaran biasa-nya diperolehi dari kawasan sekitar.

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka sama ada di kebun atau halaman rumah masing-masing.

“Ini kerana ketika musim kemarau, sebarang pembakaran terbuka boleh merebak dengan cepat dan sukar dikawal,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Daniel Ngieng turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka berhampiran rumah.

“Saya menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai terutama di kawasan kediaman di ban-dar,” jelasnya.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.