Home - Utusan Borneo - Berita Sabah - Sabah komited untuk sedia dana bagi Industri Pelancongan Negeri – Musa
Sabah komited untuk sedia dana bagi Industri Pelancongan Negeri – Musa
Posted on June 22, 2012, Friday
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan meneruskan komitmen kepada sektor pelancongan dan hospitaliti dengan menyediakan peruntukan dana yang besar melalui bajet negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman Khamis.
Beliau berkata industri tersebut merupakan salah satu sektor menjana pendapatan utama bagi Sabah dan kerajaan negeri berhasrat meningkatkan kemudahan infrastruktur untuk aksesibiliti kepada semua tempat pelancongan di negeri itu.
“Kerajaan negeri telah melakukan dan terus memberi rangsangan ekonomi terbaik untuk memacu industri itu supaya ia dapat kekal secara mampan dalam jangka masa panjang,” katanya pada majlis konvokesyen ke-15, Institut Pelancongan Asia di sini.
Musa berkata graduan sektor hospitaliti dan pelancongan memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan kerajaan negeri untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan dalam bidang tersebut.
Beliau berkata banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan dalam industri pelancongan menerusi pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP). -Bernama
<< Previous Entry - Next Entry >>



