Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Bekas juara 10 kali Mr Malaysia meninggal dunia
Bekas juara 10 kali Mr Malaysia meninggal dunia
Posted on June 24, 2012, Sunday
KUCHING: Bekas juara Mr Malaysia Suhardi Mukmin, 71, meninggal du-nia pada kira-kira jam 7 malam kelmarin di rumahnya di Kampung Sungai Bedil, di sini.

BERTENAGA: Antara aksi allahyarham Suhardi semasa zaman kegemilangannya.
Menurut ahli keluarganya, allahyarham yang menjadi juara Mr Malaysia sebanyak 10 kali antara tahun 1970 dan 1985 menghidap sakit barah prostat.
Allahyarham merupakan jaguh bina badan seangkatan dengan Kipli Abot, Solomon Esmanto, Bujang Taha dan Liew Teck Leong, selain pernah dianugerahkan Olahragawan Sarawak pada tahun 1984.
Malah, empat tahun lepas semasa berusia 67 tahun, allahyarham masih mampu menyertai Kejohanan Mr Kuching.
Allahyarham juga merupakan jurulatih serta pemilik sebuah gimnasium kecergasan dan bina badan di Satok.
Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sema-riang pada jam 11 pagi semalam.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bina Badan Sarawak, Datuk Wee Hong Seng menyifatkan kematian allahyarham Suhardi sebagai kehilangan be-sar kepada arena bina badan negeri ini.
“Ini kerana beliau (allahyarham Suhardi) telah melakukan banyak perkara untuk memajukan bina badan di negeri ini.
“Bagi saya, ia merupakan kehila-ngan besar bukan sahaja kepada ne-geri ini tetapi juga kepada persatuan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, allahyarham merupakan seorang yang tidak lokek dengan ilmunya dan sanggup berkongsi pe-ngalaman dengan anak-anak muda yang menyertai bina badan.
“Beliau adalah inspirasi kepada ge-nerasi muda untuk terus bergiat aktif dalam sukan bina badan,” ujarnya.
<< Previous Entry - Next Entry >>



