Home - Utusan Borneo - Sukan - Koo mahu kembali zaman gemilang

Koo mahu kembali zaman gemilang

Posted on June 28, 2012, Thursday

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, mahu mengembalikan zaman kegemilangan mereka sebagai gandingan nombor satu dunia yang pernah dicapai dua tahun lalu.

Sambil menafikan prestasi mereka merundum sebelum ini kerana ketidaksefahaman, Koo berkata mereka kini giat berlatih untuk meningkatkan kembali keyakinan diri sebelum menggalas cabaran negara pada temasya Olimpik London bulan depan.

“Kalau nak kata kami tidak serasi, kita dah berganding lebih lima tahun dan kami masih dalam kelompok beregu terbaik dunia.

“Dulu kami pernah jadi pemain nombor satu dunia dan kalau boleh kami mahu jadi seperti dulu,” katanya di Stadium Juara, semalam.

Koo dan Tan pernah bergelar beregu nombor satu dunia selama enam bulan di antara tahun 2009 dan 2010. Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF), beregu utama negara itu berada pada tangga keenam dunia.

Mereka mula menunjukkan peningkatan apabila berjaya mara ke peringkat suku akhir Siri Super Terbuka India, johan GP Emas Terbuka Malaysia dan layak ke separuh akhir Siri Super Premier Terbuka Indonesia tahun ini.

“Ranking tidak membantu sangat, yang penting adalah persiapan iaitu tingkatkan keyakinan dalam latihan, dalam acara beregu, susah nak jangka siapa akan jadi juara, sebab semua pemain ‘balance’ (setara),” kata Koo.

Koo juga menyasarkan pu-ngutan satu pingat buat negara pada penampilan kedua mereka di temasya Olimpik nanti. — Bernama

Print Friendly

Advertisement

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.