Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Penyeludupan kenderaan mewah dipantau: David

Penyeludupan kenderaan mewah dipantau: David

by Michael Ubam. Posted on June 28, 2012, Thursday

SIBU: Pihak polis di sini percaya terdapat cubaan menyeludup kenderaan mewah yang dicuri menggunakan kontena negeri lain atau di luar negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah DSP David Ajek berkata semalam mereka telah menerima maklumat itu tetapi meminta orang awam untuk menyediakan polis dengan maklumat lanjut bagi membolehkan mereka bertindak.

“Daripada maklum balas yang diterima, kami percaya terdapat cubaan untuk menghantar atau melupuskan kenderaan mewah yang dicuri seperti pacuan empat roda menggunakan kontena ke negeri atau tempat lain,” kata David, yang mewakili Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail.

Beliau mendedahkan perkara itu pada sesi dialog di antara pelanggan dan Jabatan Kastam Sibu.

“Kami berharap orang awam yang mempunyai apa-apa maklumat tampil ke hadapan untuk memberikan kami maklumat supaya tindakan sewajarnya dapat dilakukan segera.

David menegaskan bahawa kerjasama daripada orang awam dalam memerangi jenayah adalah paling penting.

Beliau juga berkata di bawah Akta Kastam, mereka telah diberi kuasa untuk memeriksa kontena yang menyimpan barangan seludup.

“Kita mempunyai kuasa untuk merampas barang-barang dan menyaman pesalah,” tambahnya sambil menjelaskan tentang tugas polis selain membanteras jenayah.

Beliau berkata jika mereka menjalankan operasi itu, barang yang disita itu akan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.

Polis juga boleh bekerjasama dengan jabatan kastam dalam menjalankan operasi berbahaya jika ada permintaan.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.