Home - Utusan Borneo - Sukan - Sabah sasar 31 emas Sukma
Sabah sasar 31 emas Sukma
Posted on June 28, 2012, Thursday
KOTA KINABALU: Sabah menyasarkan 31 pingat emas pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang pada 7 hingga 16 Julai ini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai berkata kerajaan optimis sasaran itu mampu dicapai berikutan kejayaan kontinjen negeri membawa pulang 21
pingat emas pada Sukma lepas di Melaka.
“Saya percaya sukan seperti renang, angkat berat, karate dan sukan-sukan lain dapat mengulangi dan meningkatkan prestasi pencapaian masing-masing.
“Oleh itu, para atlet hendaklah sentiasa berusaha melakukan yang terbaik agar Sukma pada tahun ini bakal melahirkan atlet-atlet muda negeri yang berpotensi ditonjolkan di peringkat antarabangsa,” katanya pada Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Sabah ke Sukma ke-15 di sini semalam.
Seramai 299 atlet dan 80 pegawai menyertai kejohanan tersebut membabitkan 19 acara sukan. — Bernama
<< Previous Entry - Next Entry >>



