Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - 9.2% hidap penyakit mental

9.2% hidap penyakit mental

by Patricia Gari. Posted on June 29, 2012, Friday

Fatimah

KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pemba-ngunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, 9.2 peratus atau kira-kira 227,344 daripada 2.5 juta penduduk Sarawak disahkan mengalami penyakit mental.

Beliau berkata jumlah itu dijangka terus meningkat jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil dan stigma mene-bal masih wujud dalam masya-rakat terhadap golongan itu.

Bercakap kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke premis Persatuan Kesihatan Jiwa Sarawak (PKJS) beliau  memberitahu bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri akan bekerjasama dengan  persatuan itu terutama dari aspek pencegahan dan pemulihan.

“Statistik 2006 mendapati 9.2 peratus rakyat Sarawak mengalami penyakit mental berbanding 11.6 peratus di peringkat kebangsaan.

“Menyedari jumlah pesakit mental terus meningkat, kementerian merasakan amat perlu menjalinkan kerjasama dengan PKJS terutama daripada aspek pencegahan dan pemulihan yang bukan sahaja melibatkan pesakit tetapi keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata pesakit mental terutama yang berisiko tinggi atau kategori sebagai di peringkat tertinggi harus diberi kaunseling bagi meng-elak masalah sosial lebih serius berlaku seperti bunuh diri dan penderaan.

Sementara itu, Konsultan Psikiatri Dr Gan Chee Kuan berkata di negara ini lazimnya penyakit mental dialami golongan yang berumur dari 18 hingga 65 tahun dengan majoriti daripada pesakit tinggal di kawasan bandar.

Beliau berkata tekanan hidup antara punca menye-babkan seseorang itu mengalami penyakit mental, ditambah stigma menebal di kalangan masyarakat yang enggan menerima golongan tersebut.

“Setiap daripada kita akan berdepan masalah kesihatan mental dalam kehidupan, cuma tahapnya yang berbeza dan tidak semestinya ekstrem yang biasanya dikaitkan de-ngan gila.

“Dalam hal ini orang ramai perlu faham apa itu kesihatan atau masalah mental dan mendapatkan bantuan pakar jika mengalami tekanan serta kemurungan serius,” jelasnya.

Dr Gan menambah sekira-nya rawatan awal diikuti sesi kaunseling dan pemulihan di-berikan kepada pesakit mental mereka boleh menjalani kehidupan normal.

“Apa pun yang penting ialah mereka diberi rawatan sesuai dengan peringkat penyakit mental dialami, disusuli pemulihan dan penerimaan masyarakat,” ujarnya.

Print Friendly

Advertisement

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.