Home - Utusan Borneo - Berita Sabah - Tiga kedai musnah dalam kebakaran

Tiga kedai musnah dalam kebakaran

by REZAN JAPSAN, rezanyan79@gmail.com. Posted on June 29, 2012, Friday

KEDAI di tingkat atas bangunan berkenaan musnah dalam kebakaran itu.

LAHAD DATU: Tiga kedai dua tingkat di Jalan Kastam Lama musnah dalam satu kebakaran pada malam Khamis lepas.

Kebakaran membabitkan kedai peralatan elektrik dua tingkat, kedai ubat tradisional Cina dan pusat tuisyen, yang semuanya dalam satu bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Apandi Mahmood, ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu jam 10.59 malam dan tiba di tempat kejadian jam 11.02 malam.

Beliau yang mengetuai operasi itu berkata, api berjaya dikawal dari merebak ke kawasan berhampiran dalam masa 18 minit. Dalam operasi itu, pihaknya mengalami sedikit kesukaran ekoran tekanan air rendah.

“Ekoran itu, kami mengambil inisiatif menggunakan air laut untuk melakukan kerja-kerja memadam sebelum api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.06 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Apandi mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan orang awam yang membantu pihaknya dalam operasi berkenaan. Jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih disiasat.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.