Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Tubuhkan kelab pengguna di sekolah
Tubuhkan kelab pengguna di sekolah
Posted on June 29, 2012, Friday
KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK) mahu semua sekolah di negeri ini mempunyai kelab pengguna.
Timbalan Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim mene-gaskan, penubuhan kelab pengguna di setiap sekolah penting bagi memupuk rakyat menjadi pengguna yang bijak daripada peringkat akar umbi.
“Ini amat bagus untuk sekolah terutama di kawasan luar bandar bagi membentuk dan melahirkan pengguna yang bijak.
“Oleh itu, kita harus bermula daripada peringkat bawah iaitu akar umbi sebagaimana kita lakukan dalam kesedaran sivik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Karnival Mega Pertama Kolej sempena Hari Koperasi Sekolah 2012 di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah di sini semalam.
Justeru, Rohani menyarankan agar pihak sekolah mengambil langkah bijak dengan menu-buhkan kelab pengguna di sekolah.
Malah, beliau menegaskan bahawa satu rundingan dengan pihak sekolah akan dijalankan bagi memastikan perkara itu dapat disampaikan.
“Apabila ia akan dilaksanakan di setiap sekolah termasuk sekolah rendah ia akan membantu pelajar menjadi seorang pengguna yang bijak kerana banyak program yang berkaitan kita jalankan.
“Tetapi ia terpulang kepa-da pihak sekolah dan kita akan mengadakan rundingan dengan pihak sekolah untuk menubuhkan kelab pengguna,” katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai statistik sekolah yang belum menubuhkan kelab pengguna, Rohani berkata:
“Buat masa ini saya tidak mempunyai statistik mengenai-nya tetapi saya rasa banyak sekolah menengah sudah me-nubuhkan kelab ini sebab kita ada program khas di bawah bahagian kepenggunaan.”
Namun, pihaknya juga mencadangkan agar kelab itu turut ditubuhkan di sekolah-sekolah rendah di negeri ini.
“Sebagai contoh apabila ka-nak-kanak menemani ibu bapa mereka ke pasar raya atau kedai-kedai mereka juga boleh menge-tahui jenama apa, makna tarikh luput, halal atau tidak sesuatu produk dan sebagainya.
“Malah kami juga memberikan geran dan latihan tetapi untuk sekolah rendah memang kami galakan…ia terpulang untuk sekolah mengambil inisiatif itu,” ujarnya.
<< Previous Entry - Next Entry >>



