Home - Utusan Borneo - Sukan - Farzana juara boling di Miri

Farzana juara boling di Miri

Posted on July 2, 2012, Monday

MIRI: Farzana Ibrahim telah muncul sebagai juara pertandingan boling 8 pin master Milo di Megalanes Bowling di sini, semalam.

Beliau berjaya memperolehi sebanyak 2,291 jatuhan pin, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Tempat kedua dimenangi Hipeni Saridi dengan 2,189 jatuhan pin dan menerima hadiah wang tunai RM350 manakala Ibrahim Kadir yang berjaya menjatuhkan 2,110 jatuhan pin membawa pulang RM200.

Tempat keempat dimenangi oleh Mohd Suhaimie yang menerima wang tunai RM100, Jestini Kaboh di tempat kelima dengan wang tunai RM80, Abu Bakar di tempat keenam (RM70) dan Rosdi di tempat ketujuh (RM60).

Sementara itu 11 pemenang yang lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai berjumlah RM50 setiap seorang.

Pertandingan tersebut adalah anjuran Megalanes Bowling dan dibuka kepada semua orang awam yang berminat.

Menurut jurucakap pusat boling berkenaan, Mohd Azmi, sejumlah 18 orang pemain telah mengambil bahagiandalam acara tahunan itu, yang menyediakan platform untuk orang awam yang berminat menyertai perlawanan persahabatan dengan peminat sukan boling yang lain.

Print Friendly

Advertisement

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.