Kekal landskap politik dan perpaduan, kata Daud

PENGGERAK BAHARU: Daud merasmikan Biro Wanita JKKK Kampung Desa Wira Lot. Turut kelihatan (dari kiri) Stanley, Sih, Anthony, Lo dan Geogina.

KUCHING: Rakyat diminta menolak anasir luar yang cuba merosakkan perpaduan dan landskap politik negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman yang mahu rakyat Sarawak mengekalkan perpaduan yang sudah lama terjalin hasil landskap politik yang adil.

“Kita di Sarawak amat mementingkan perpaduan antara satu sama lain, orang datang ke negeri ini mengatakan orang Sarawak semuanya baik-baik sama ada di dalam bandar mahupun luar bandar.

“Kita tidak suka bergaduh, tidak suka tunjuk perasaan, politik kita politik baik, kita tidak mahu politik yang cuba menghancurkan kita kerana ada orang luar datang ke sini bawa fahaman di sana datang ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai di Kampung Desa Wira Lot, Bandar Baharu Batu Kawa dekat sini malam kelmarin.

Daud mendedahkan terdapat individu (pembangkang) dari Semenanjung datang ke Sarawak untuk menyebarkan cerita dongeng.

“Jadi jangan dengar cerita dan khabar angin daripada orang yang nak merosakkan pemikiran orang Sarawak… kita orang Sarawak beringat-ingat tidak lama lagi pilihan raya,” tegasnya.

Malah, beliau turut menepis dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan yang diperintah Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang tidak adil dan tidak bersih terutama dalam pilihan raya.

Jelasnya, sekiranya kerajaan BN tidak bersih,  beberapa kerusi iaitu Batu Kawa, Kota Sentosa dan Batu Lintang pasti tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

“Ini membuktikan sistem demokrasi yang dilaksanakan di negara ini di bawah pemerintahan BN dijalankan dengan adil dan bersih,” tambahnya.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Presiden PBB menyarankan agar rakyat memilih parti yang benar-benar menjaga kepentingan semua kaum dalam pilihan raya akan datang.

“Kawasan Batu Kawa ini akan sama sama kita lihat dalam pilihan raya kelak, kita sudah tahu jangan lagi terperangkap oleh mereka (pembangkang), siapa calonnya (daripada BN) terpulanglah.

“Tapi kalaulah Encik Lo Khere Chiang (Pengerusi MPP) yang bekerja keras dapat dijadikan calon BN di kawasan Stampin ini, harapan saya mudah-mudahan beliau dicalonkan di sini, tidak rugi memilih beliau kerana beliau ada track record yang baik, katanya.

Pada majis itu, Daud turut mengumumkan dana tambahan sebanyak RM40,000 untuk pembinaan dewan serba guna dan sumbangan RM3,000 kepada Biro Wanita JKKK Kampung Desa Wira Lot.

Hadir sama Pengerusi Gawai Stanley Repun, Pengerusi JKKK Kampung Desa Wira Lot Anthony Jambuh, Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sih Hua Tong dan Pengerusi Biro Wanita Geogina Balaning.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of