Home - Utusan Borneo - Berita Sabah - Pelajar disyaki terjun bangunana patah kaki

Pelajar disyaki terjun bangunana patah kaki

by AMIR ANUAR. Posted on July 2, 2012, Monday

TAWAU: Seorang pelajar tingkatan lima cedera parah selepas dipercayai bertindak nekad terjun dari sebuah bangunan empat tingkat di kawasan Sabindo di sini kelmarin selepas disyaki memanjat ke atas bumbung berkenaan.

Utusan Borneo difahamkan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, pelajar berkenaan terjatuh di atas bonet sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang diletakkan di kawasan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, sebaik pihak polis tiba di lokasi kejadian, kaki kanan mangsa didapati patah akibat impak kuat daripada insiden terbabit.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan pada ketinggian kira-kira 25 meter,” katanya sambil menjelaskan pihak polis menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu.

Ibrahim menjelaskan mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami patah kaki dan beberapa kecederaan di bahagian badan walaupun telah terjatuh dari paras tinggi.

Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu bagi mengenalpasti punca sebenar dan motif pelajar itu memanjat ke atas bangunan berkenaan.

Print Friendly

Advertisement

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.