Penduduk buat rondaan untuk mencegah aktiviti jenayah dan gejala sosial

0

JAGA KEAMANAN: Ahli-ahli KRT Nangka, Bandong dan Abang Barieng bersama-sama Penghulu Dayang Fatiyah (berdiri lima kiri), anggota polis serta ahli dari JKKK Kampung Nangka, JKKK Abg Barieng dan JKKK Kampung Bandong bersedia untuk membuat rondaan.

SIBU: Untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan Nangka, sekumpulan penduduk yang prihatin dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nangka, Bandong dan Abang Barieng telah mengorbankan masa mereka untuk membuat rondaan di kawasan berkenaan dengan menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Nangka, Bandong.

Ia untuk mencegah sebarang aktiviti jenayah dan gejala sosial yang berkaitan daripada berlaku.

Rondaan awal pagi kelmarin diketuai oleh Ketua SRS KRT Nangka, Bandong dan Abang Barieng Mohammad Eni.

SRS yang berada di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional antara lain bertujuank mewujudkan persekitaran kehidupan yang damai daripada sebarang bentuk jenayah dan kegiatan sosial yang tidak sihat.

Selain daripada ahli-ahli daripada KRT Nangka, Bandong dan Abang Barieng, rondaan telah dijalankan bersama-sama dengan bantuan polis, ahli Jawatankuasa Kemajuaan dan Keselamatan  Kampung (JKKK) Kampung Nangka, JKKK Abang Barieng dan JKKK Kampung Bandong.

Pengerusi JKKK Nangka Penghulu Dayang Fatiyah Tun Abang Muhammad Salahuddin turut serta dalam rondaan tersebut.

Rondaan semalam yang bermula dari jam 12 tengah malam hingga 3.30 pagi meliputi kawasan Kampung Nangka, Kampung Barieng, Kampung Bandong, Jalan Kaka dan Jalan Kuda.