Program DiGi CyberSAFE masuk ke sekolah

0

KUCHING: Program DiGi CyberSAFE, yang akan di­lancar di Sarawak minggu depan, sudah menjadi seba­hagian daripada pendidikan keselamatan kanak-kanak secara dalam talian selepas dilancarkan pada November tahun lepas, kata DiGi Tel­ecommunications Sdn Bhd. Dalam kenyataan semalam, syarikat itu berkata hingga kini program berkenaan, yang bertujuan meningkatkan kes­edaran tentang isu nasional, diikuti 3,700 pelajar di 150 sekolah dan guru serta ibu bapa di Putrajaya, Selan­gor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Terengganu dan yang terbaru, Sabah.

“Memandangkan peng­gunaan dan kebolehcapa­ian Internet di rumah dan sekolah semakin meningkat, kami sama-sama bertang­gungjawab untuk melindungi pengguna, terutama kanak-kanak, berikutan jenayah siber semakin menjadi-jadi,” kata syarikat itu.

Program DiGi CyberSAFE merupakan satu kerjasama strategik antara Kemente­rian Pelajaran, CyberSecurity Malaysia, Childline Malaysia dan DiGi Telecommuni­cations untuk menangani keperluan mendesak ini bagi mendidik dan melengkapi pelajar, ibu bapa dan guru dengan peralatan sewajarnya untuk menjamin penggunaan Internet secara selamat dan mesra keluarga.

Pelancaran program ini di Sarawak akan ditandai dengan bengkel peringkat negeri pada Jumaat di Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya di sini, yang disertai sekolah di seluruh Kuching.

Ia dijadual dirasmikan Tim­balan Menteri Sains, Teknolo­gi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof. — Bernama