Asrama desa atasi masalah keciciran pelajar di Sarawak

0

MIRI: Lebih banyak asrama desa akan dibina di sekolah-sekolah di pedalaman negeri ini bagi mengatasi masalah keciciran pelajaran di kala-ngan murid-murid sekolah, di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi memberitahu, keputusan membina le-bih banyak asrama desa ter-sebut merupakan langkah kementerian bagi mengatasi masalah keciciran yang banyak berlaku di negeri ini ter-utama di sekolah-sekolah di luar bandar.

Katanya, masalah keciciran paling banyak berlaku di ke-dua-dua negeri Sabah dan Sarawak terutama di sekolah-sekolah luar bandar sama ada sekolah menengah atau rendah.

“Keciciran dalam erti kata lain tidak datang ke sekolah dan berdasarkan kajian, kami mendapati mereka bukannya tidak berminat untuk datang ke sekolah tetapi tiada ke-mudahan asrama.

“Keadaan sekolah yang jauh dari kediaman mereka dan kesukaran perjalanan telah menjadi sebab untuk mereka tidak turun ke sekolah,” kata-nya tanpa mendedahkan jumlah keciciran yang berlaku di negeri ini kerana rekod ter-sebut di bawah Jabatan Pe-lajaran Negeri.

Ketika ini Sarawak mempunyai sebanyak 606 asrama desa di sekolah-sekolah luar bandarnya.

Bagaimanapun katanya,  asrama ini akan dibina berdasarkan keperluan.

Mengenai lawatannya ke sini sempena meninjau projek-projek di bawah Pakej Rancangan Khas (PRK), Puad memberitahu  bahawa daripada peruntukan RM900 juta di bawah Belanjawan 2012, Sarawak menerima jumlah terbesar iaitu RM125.8 juta bagi melaksanakan 553 buah projek di sekolah-sekolah di seluruh negeri ini.

Di bawah PRK, projek-projek yang dilaksanakan membabitkan pembaikan, mengubah suai bangunan       dan projek menaik taraf, de-ngan keutamaan tetap di-       beri kepada kategori sekolah yang mengalami kerosakan teruk.

“Sehubungan itu kementerian amat memerlukan kerja-sama daripada pengetua dan guru besar untuk memberi maklumat dan laporan fizikal keseluruhan keadaan bangunan sekolah.

Puad memberitahu, walaupun projek-projek PRK perlu disiapkan sehingga akhir tahun ini namun masalah membabitkan struktur bangunan yang memerlukan ban-tuan konsultan, menyebab-kan ia terpaksa dipanjangkan dan Kementerian Kewangan membenarkan projek-projek tersebut dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

“Memandangkan ia membabitkan keselamatan pelajar, kita tidak boleh mengambil mudah isu pembinaan melibatkan struktur, justeru memerlukan bantuan konsultan sebelum ia boleh dilulus dan dibina,” katanya.

Sementara itu lawatan turut diiringi oleh Setiausaha Politik Ahli Parlimen Miri Datuk Seri Peter Chin iaitu Datuk Sebastian Ting, Pegawai Pelajaran Gabungan Miri Rosnani Yunus serta wakil-wakil daripada Kementerian Pelajaran peringkat pusat dan negeri.