Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Karnival Komuniti 1Malaysia Peringkat Bahagian Kuching, pada 7 dan 8 Julai
Karnival Komuniti 1Malaysia Peringkat Bahagian Kuching, pada 7 dan 8 Julai
Posted on July 4, 2012, Wednesday
KUCHING: Sebanyak 31 Komuniti 1Malaysia (K1M) yang melibatkan 1,000 ahli dari sekitar bahagian Kuching akan menyertai Karnival Komuniti 1Malaysia Peringkat Bahagian Kuching pada 7 dan 8 Julai ini di pekan Sematan.
Program selama dua hari itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem pada petang Sabtu ini.
Bagi memeriahkan penganjurannya, K1M juga akan mengetengahkan pelbagai acara pengisian yang menarik. Antaranya ialah pertandingan lumba tarik pelepah nyiur, persembahan Pentarama, petandingan mewarna lukisan untuk kanak-kanak dan pertandingan tarik tali.
Selain itu, pameran oleh agensi kerajaan dan swasta turut diadakan.
<< Previous Entry - Next Entry >>



