Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Sibu Jaya miliki sekurang-kurangnya tiga kawasan letak motosikal
Sibu Jaya miliki sekurang-kurangnya tiga kawasan letak motosikal
Posted on July 4, 2012, Wednesday
SIBU: Sibu Jaya kini memiliki sekurang-kurangnya tiga kawasan meletak motosikal yang baharu diwujudkan.
Penyediaan kemudahan tersebut telah bermula sejak beberapa minggu lalu di bawah Program Bandar Selamat.
Kemudahan tempat meletak motosikal tersebut turut disediakan dengan palang besi untuk memudahkan pemilik mengunci dan merantai motosikal bagi mencegah kejadian curi motosikal yang agak membimbangkan ketika ini.
Bagaimanapun, tinjauan rambang Utusan Borneo di sekitar bandar Sibu Jaya mendapati masih banyak pemilik motosikal meletakkan motosikal mereka di kawasan meletak kereta.
Malah yang menjengkelkan ialah terdapat segelintir pemilik meninggalkan motosikal sesuka hati hingga mengganggu lalu lintas kenderaan lain.
Sementara, seorang penduduk Sibu Jaya yang enggan namanya disiarkan memberitahu, kawasan meletak motosikal yang disediakan tidak sesuai dan agak terpencil.
Menurutnya, palang besi yang disediakan untuk mengunci dan merantai motosikal belum tentu dapat menjamin keselamatan motosikal kerana kawasannya jarang dikunjungi orang ramai.
<< Previous Entry - Next Entry >>



