Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Isik dan Tengku Gruna angkat sumpah Setiausaha Politik KM

Isik dan Tengku Gruna angkat sumpah Setiausaha Politik KM

Posted on July 5, 2012, Thursday

KUCHING: Dua Setiausaha Politik Ketua Menteri semalam mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan semula pada satu majlis yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Majlis yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu itu menyaksikan Isik Utau dan Tengku Gruna menerima watikah pelantikan masing-masing.

Isik, 48, yang merupakan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban dan Layar telah menyandang jawatan berkenaan untuk penggal keempatnya sejak 2000.

Beliau yang berasal dari Betong mencatat sejarah tersendiri apabila menyandang jawatan berkenaan selama 12 tahun, yang kini dipanjangkan penggalnya hingga tahun 2014.

Isik selain itu juga merupakan Setiausaha Sulit Timbalan Ketua Menteri (Jabu) sejak 2004 hingga kini dan beliau mempunyai empat orang anak.

Sementara itu Tengku pula yang berasal dari Song merupakan Juruaudit PBB Cawangan Katibas dan pelantikan beliau semalam merupakan kali kedua selepas penggal pertama pada 2010.

Tengku,52, adalah bekas pegawai bank dan pernah menjadi kaunselor di Majlis Perbandaran Sibu (MPS) lapan tahun lalu, iaitu tahun 2005.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.