Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Rich City Sing Song tawar sesi karaoke jimat
Rich City Sing Song tawar sesi karaoke jimat
Posted on July 8, 2012, Sunday
KUCHING: Rich City Sing Song menawarkan sesi berkaraoke menjimatkan bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama teman-teman dan keluarga dengan tawaran pakej hebat.
Menurut Jurucakap Rich City Sing Song semalam, pihaknya telah beroperasi sejak setahun lalu di pusat komersil MJC Batu Kawah dan baru membuka cawangan baharu di tingkat Bawah Pusat Komersil Lee Ling Heights, Batu 6 1/2 Jalan Penrissen baru-baru ini.
“Pakej yang kami tawarkan adalah; pakej 1:RM10 untuk 12 lagu, pakej 2: RM20 untuk 25 lagu, pakej 3: RM30 untuk 39 lagu dan pakej 4:RM50 boleh menyanyi dari jam 8 malam sehingga dua pagi dan percuma minuman ringan,” katanya.
Pihak Rich City Sing Song turut menawarkan pengunjung RM1 untuk sebuah lagu jika enggan membeli pakej.
Menurutnya lagi, trend berkaraoke merupakan kegemaran orang ramai sejak kebelakangan ini justeru beliau mahu menyediakan kemudahan untuk orang ramai yang inginkan hiburan dan ruang santai dengan kadar yang menjimatkan berbanding KBox yang agak mahal.
Pihaknya turut menyasarkan dalam tempoh sembilan bulan akan datang pihaknya akan membuka sebuah lagi pusat berkaraoke jimat di kawasan Matang.
“Dalam tempoh jangka panjang saya mahu mensasarkan 10 pusat berkaraoke jimat untuk semua lapisan masyarakat di seluruh bandar raya,” tambahnya.
Di Rich City Sing Song, orang ramai boleh memilih lagu pelbagai bahasa Cina, Inggeris, Indonesia, Iban dan Mandarin.
Kesemua koleksi lagu di pusatnya itu di beli dari Kuala Lumpur dan setiap sembilan ruangan menyanyi mempunyai tempat duduk yang selesa, sistem audio dan visual yang jelas dan berhawa dingin.
Masa beroperasi Rich City Sing Song Isnin hingga Jumaat adalah di antara jam 1 petang hingga 1 malam dan pada hari Sabtu dan Ahad pada jam 1 petang hingga 2 pagi.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ruangan boleh dibuat dengan menghubungi 082-459814.
<< Previous Entry - Next Entry >>



