Beberapa wakil BN didakwa berminat sertai pembangkang

KUCHING: Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) didakwa menunjukkan minat untuk menyertai parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Ketua PKR Sarawak Baru Bian berkata mereka yang akan berbuat demikian me-rupakan wakil rakyat dari Sarawak dan Sabah.

Sambil enggan mendedahkan nama dan jumlah, beliau mendakwa tindakan wakil rakyat tersebut mencerminkan mereka tidak setuju dengan dasar-dasar BN.

“Saya dengar khabar angin yang kencang (wakil rakyat BN akan menyertai pembangkang) dan mereka ada berjumpa saya. Ini akan berlaku,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat PKR di sini, semalam.

Baru yang juga ADUN Ba’Kelalan berkata lagi, sokongan terhadap pembangkang kian bertambah.

Lawatan ke Kota Kinabalu pada Ahad lepas katanya me-nunjukkan sambutan orang ramai terhadap pembangkang amat memberangsangkan.

“Saya boleh katakan sambutan amat luar biasa.

“Ke mana saja kami pergi kami kekurangan kerusi untuk orang ramai duduk,” katanya.

Mengenai kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya kelak, Baru berkata PKR akan memberi tumpuan terhadap 10 kerusi termasuk Julau.

Di Julau, Baru berkata dua anak tempatan telah memulakan usaha meraih sokongan di peringkat akar umbi.

 

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of