Petronas temui simpanan minyak, gas terbesar di Sarawak

23

BINTULU: Petronas telah menemui simpanan minyak dan gas terbesar melalui penggerudian NC3 dan Spaoh-1 di Blok SK316 dan SK306 di luar pantai Sarawak yang sekali gus bakal merangsang peluang perniagaan dalam industri terbabit, kata Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing.

Katanya, pada Mac tahun lepas penggerudian NC3 telaga ‘wildcat’ telah membawa kepada penemuan Petronas kepada Blok SK316 dengan anggaran awal jumlah bersih simpanan di situ adalah sebanyak 2.6 trilion kubik kaki standard (tscf).

Beliau berkata, setiap telaga digerudi dengan kedalaman hampir 4,000 meter di bawah paras laut.

“Hasil penemuan melalui keputusan ujian aliran pengeluaran ke atas telaga itu me-nunjukkan bidang teknikal berdaya maju.

“Telaga Spaoh-1 dengan kedalaman penggerudian 3,000 meter terletak di lokasi Blok SK306 yang digerudi pada Disember 2010 juga te-lah membawa kepada penemuan minyak dan gas di situ,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Ekspo Teknologi Minyak Sawit serta Minyak dan Gas Antarabangsa Malaysia 2012 anjuran Fireworks Event (M) Sdn Bhd di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Katanya, syarikat minyak negara itu dilaporkan membuat penilaian masing-ma-singnya sekitar 100 juta tong minyak dan 0.2 tscf gas di kawasan itu.

“Kini telaga itu dalam persediaan untuk ujian penge-luaran. Penemuan ini diso-kong oleh strategi Petronas dengan memperhebatkan aktiviti penerokaannya di Malaysia dan dijangka meningkatkan penerokaan di kawa-san yang berpotensi di luar pantai Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata untuk tempoh tiga tahun akan datang, lebih 50 penerokaan telaga dijangka akan dilakukan membabitkan penggerudian luar pantai Malaysia oleh Petronas dan perkongsian pengeluaran dengan para kontraktor.

“Aktiviti hasil daripada penemuan itu dijangka akan merangsang peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas sekali gus mempromosikan pelaburan huluan dalam negara khasnya di Sarawak,” katanya.

Mengenai ekspo itu kata- nya, difahamkan sebanyak 130 pondok pameran industri didirikan yang disertai oleh syarikat industri tempatan dan luar negara membabitkan sektor industri minyak sawit, gas dan minyak antaranya dari Singapura, Brunei, Britain, China, India dan Amerika.

Sementara itu, Pengarah Urusan Fireworks Event Jerel Soo berkata, ekspo itu tidak hanya mempamerkan tekno-logi dan produk terkini bah-kan memacu pertumbuhan industri dan pembangunan ke puncak yang lebih tinggi.

Katanya, ekspo itu adalah sebagai landasan kepada pe-nerokaan peluang perniagaan minyak sawit baharu, per-kembangan dan penembusan pasaran di Sarawak serta antarabangsa di samping hubungan kerja dalam industri berkaitan.