UNIMAS anjur Persidangan Siri Ketiga Memajukan Kerja Sosial

0

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam menganjurkan Persidangan Siri Ketiga Memajukan Kerja Sosial dengan dihadiri hampir 100 peserta, yang  menghimpunkan pengamal daripada Jabatan Kebajikan Sosial, Kementerian Kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama ahli akademik kerja sosial.

Persidangan yang membincangkan mengenai cara bagi memperbaiki hubungan di antara teori dan amali supaya graduan baharu lebih bersiap sedia untuk memikul tugas mereka, dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, fokus persidangan pada kali ini adalah kepada usaha memperbaiki kualiti perkhidmatan dengan meneliti cara melatih pekerja sosial untuk masa depan.

“Kita juga menekankan bagaimana untuk kita boleh menjadi mentor kepada pekerja sosial kini.

“Orang ramai perlu menye-dari kerja sosial adalah satu tugasan mahir yang menggunakan ilmu pengetahuan yang luas dan paling penting sekali diaplikasikan dengan kod etika amalan yang kuat,” katanya.

Menurut beliau lagi, ia ada-lah profesion dengan sejarah pengajian akademik yang membanggakan dan profesion yang tidak pernah lupa bahawa perkhidmatan yang prihatin dan berkesan kepada orang ramai.

Mohd Fadzil menjelaskan bahawa mendidik pekerja sosial adalah satu perkara yang amat penting dan bukannya sesuatu pilihan tambahan.

“Bagi UNIMAS saya gembira kerana kami memainkan perana kami dalam perkara ini dan bekerja sebagai rakan kongsi dengan begitu ramai daripada anda di sini pada hari ini untuk memajukan kecekapan generasi seterusnya,” ujar beliau.

Kata beliau, untuk menyediakan perkhidmatan profesional yang mahir, tempoh untuk menjadi mentor kepada rekrut baharu mestilah ada.

“Ia supaya mereka dibim-bing sementara mereka belajar bagaimana untuk menggunakan ilmu pengetahuan mereka dalam pelbagai cabaran dunia nyata,” ujarnya.

Persidangan itu semalam menampilkan penceramah terkemuka dari Malaysia dan luar, yang akan menuntut agar budaya mentor digunakan dalam semua agensi kerja sosial untuk memajukan kemahiran kakitangan.

Ia selain itu mengembang-kan lagi penempatan di lapa-ngan yang diselia secara profesional bagi graduan sosial kerja di seluruh negara.

Tiga bengkel membina ke-mahiran turut diadakan dan 11 perbincangan meja bulat interaktif yang meliputi 32 pembentangan kertas kerja akan diadakan.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Noriah Ahmad dan Pensyarah Fakulti Sains Sosial yang juga pengerusi pengelola Gill Raja.