Penambahan Pejabat Wilayah JKR jimat masa, kos laksana projek

0

MIRI: Usaha Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menu-buhkan Pejabat Wilayahnya di tiga zon utama di negeri ini akan menjimatkan lagi masa dan kos dalam melaksanakan projek-projek kerajaan di negeri ini.

Di bawah program transfomasi JKR ini, orang ramai dijangka akan melihat keberkesanan dan kemantapan JKR dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Pelan Strategik JKR Sarawak yang baharu ini.

Menteri Muda Perhubungan merangkap Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin berkata demikian semasa berucap merasmikan Pejabat Wilayah Utara yang baharu di Kom- pleks JKR Miri di sini, sema-lam.

Program transformasi jabatan yang dikenali sebagai ‘Wajah Baharu JKR’ merupakan hasil kajian selama tiga tahun dan dirangka untuk meningkatkan profesionalisme, keber-kesanan dan standard efisiensi kos dalam jabatan tersebut.

“Jika sebelum ini jurutera bahagian terpaksa terbang ke Kuching tetapi kini mereka yang bertugas di pejabat di Bintulu dan Limbang boleh datang terus ke Miri, sekali gus men-jimatkan masa dan wang untuk memastikan kerja-kerja siap dilaksanakan,” katanya.

Pejabat Wilayah tersebut akan bertindak sebagai hab kecemerlangan bagi pengurusan projek-projek yang dikendalikan oleh JKR, selaras de-ngan visi JKR Sarawak ke arah menjadi peneraju kepada agensi kejuruteraan sehenti untuk perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan bagi semua infrastuktur awam dan kemudahan bangunan di seluruh negeri.

Pejabat Wilayah ini yang ditubuhkan di tiga zon (utara, tengah dan selatan) akan lebih fokus berperanan menyelia dan mengurus projek-projek pembangunan kerajaan negeri dan persekutuan yang bernilai melebihi RM500,000.

Manakala Pejabat JKR Bahagian pula akan mengkhusus dalam pengurusan dan penyelenggaraan aset-aset kerajaan dan pengurusan projek-projek yang bernilai kurang daripada RM500,000.

Setelah semua projek pembangunan di bawah penyeliaan dan pengurusan Pejabat Wila-yah siap, ia akan diserahkan kepada Pejabat JKR Bahagian untuk diselenggarakan.

Ia merupakan satu simbiosis peranan Pejabat Wilayah dan Pejabat JKR Bahagian untuk memastikan projek yang telah siap dapat diselenggarakan dengan sempurna.

Lee berkata keadaan geografi negeri ini yang sukar menuntut pendekatan baharu daripada jabatan tersebut untuk mempertingkatkan keberkesanannya dalam menepati keperluan pembangunan negeri dan jangkaan yang tinggi daripada ke-rajaan negeri dan rakyat.

“Pejabat Wilayah Utara di sini akan berkhidmat untuk tiga bahagian iaitu Miri, Bintulu dan Limbang yang keluasannya menyamaikan tiga negeri di Semenanjung Malaysia, walaupun jumlah populasi kita kecil,” katanya.

Mengenai masalah yang timbul dalam projek yang sedang dikendali dan dikendali sebelum ini, Lee berharap jabatan itu akan dapat mengatasi dan menyelesaikannya dengan baik bersama pihak-pihak yang berkepentingan dalam projek terbabit, kerana kadangkala ia perlu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untuk diselesaikan.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa gembira kerana dimaklumkan bahawa semakin ramai jurutera JKR turut meng-ambil sarjana dalam Program Pengurusan Projek yang ditawarkan oleh Curtin University of Technology Kampus Sara-wak di sini, dengan restu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Terdahulu dalam ucapannya Pengarah JKR Negeri Zuraimi Sabki berkata ketiga-tiga Peja-bat Wilayah (Utara, Tengah dan Selatan) yang ditubuhkan oleh JKR Negeri, merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Stra-tegik JKR Sarawak yang juga merupakan satu pembaharuan dalam organisasinya di bawah proses transformasi.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pejabat Wila-yah Utara ini yang telah berjaya ditubuhkan dalam masa yang singkat, iaitu lebih kurang empat bulan sahaja. Ini tidak mungkin dapat di-realisasikan tanpa semangat kerjasama berpasukan yang baik,” tambahnya.