Sumbangan korporat beri impak besar

0

IKHLAS: Mohd Naroden (lima kiri) menerima kunci van jenazah daripada Rosman disaksikan yang lain di Kota Samarahan, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Sumbangan sektor korporat dalam memacu ekonomi masyarakat sangat signifikan dan memberi impak yang besar.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Mohd Naroden Majais berkata, sememangnya kita memerlu-kan kejayaan berbentuk kebendaan, justeru disumbangkan kepada masyarakat untuk kebajikan.

“Kita akui zaman sekarang sistem ekonomi dan amalan muamalat (Islam) bukan sahaja untuk membangun ekonomi, tetapi bagi membasmikan kemiskinan.

“Justeru, selain membasmi kemiskinan kita juga dapat memastikan keadilan pembahagian harta kepada masyarakat,” kata-nya berucap pada majlis penyampaian van jenazah kepada Masjid Al-Mutaqqin Bahagian Samarahan, di sini semalam.

Mohd Naroden yang juga Menteri Muda Perancangan Sumber berkata, dengan sumbangan korporat dan pihak tertentu, maka kita dapat meningkatkan ekonomi rakyat.

Beliau menarik perhati-an bahawa sumbangan van jenazah itu merupakan tanggungjawab sosial pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam keadilan pembahagian harta kepada masyarakat yang memerlukan.

“Ini merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial BSN untuk memberi bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan,” kata-nya.

Hadir sama Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Residen Samarahan Abdullah Upang, Pegawai Daerah Samarahan Mohd Aini Wahab, Pegawai Daerah Asajaya Rabiah Wang, Temenggung Chek Bujang, Naib Presiden Kanan BSN Sarawak Rosman Ramlan, Pengarah BSN Sarawak, Zawawi Nor.

Mohd Naroden menambah sumbangan itu juga membuktikan bahawa BSN, sebuah bank komuniti yang amat prihatin terhadap keperluan masyarakat.

“Saya berharap dengan sumbangan itu dapatlah penduduk-penduduk sekitar Bahagian Samarahan menggunakan kemudahan disedia-kan itu,” katanya.