Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Kit Siang ‘jangan cakap tak serupa bikin’

Kit Siang ‘jangan cakap tak serupa bikin’

Posted on July 23, 2012, Monday

Janji bekerjasama dengan BN untuk elak 13 Mei berulang harus dikotakan: Tengku Adnan

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu pemimpin pakatan pembangkang khususnya pemimpin veteranDAP, Lim Kit Siang menggotakan janji untuk bekerjasama dengan kerajaan BarisanNasional (BN) bagi memastikan peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang pada masa akan datang.

Beliau berkata, BN tidak mahu sejarah hitam pada 1969 itu berulang dan mengugat kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam yang dinikmati sekarang.

“Saya berharap mereka (pakatan pembangkang) akan lakukan seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin,” katanya kepada pemberita selepasmenghadiri program berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman anjuran UMNO Bahagian Putrajaya di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Lim yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur kelmarin bahawa pakatan pembangkang sedia memberikerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berulang.

Tengku Adnan mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti agar tidak keluar secara beramai-ramai untuk meraikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua pihak.

Beliau yang tinggal di Kampung Baru ketika kejadian 1969 itu berkata, kejadian rusuhan kaum pada ketika itu adalah berpunca daripada segelintirpemimpin dan penyokong pembangkang yang keluar berarak beramai-ramai untukmeraikan kemenangan di beberapa kerusi parlimen.

“Sesiapa yang menang, perlu bersabar, tenang dan tidak terlalu teruja. Apabila (dalam keadaan) terlalu teruja, ia akan naik ke kepala dan anda akan cenderung melakukan tindakan yang tidak elok. Akhirnya ia akan menjejaskanmasyarakat berbilang kaum,” katanya. — Bernama

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.