Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Pembangkang kering idea, terus main sentimen rakyat, kata Ongkili

Pembangkang kering idea, terus main sentimen rakyat, kata Ongkili

Posted on July 23, 2012, Monday

KOTA MARUDU: Akibat kehabisan idea, kini pembangkang cuba pula memainkan sentimen rakyat Sabah dengan menimbulkan isu yang sebenarnyadiperjuangkan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, pembangkang sendiri tidak tahu perkara yang hendak mereka lakukan untuk negara ini, sedangkan BN mempunyai matlamat dan strategi jelas “seperti yang diperjuangkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri dalam menetapkan hala tuju pertumbuhan negara ke arah menjadi negara maju”.

“Program transformasi merupakan langkah yang berpijak di bumi nyata dan konkrit, manakala strategi yang digunakan pula merupakan langkah untuk memajukannegara. Sebaliknya, Pembangkang terus menjaja isu lama.

“Sampai sekarang, mereka belum mendedahkan apa-apa yang istimewa, khususnya untuk Sabah dan Sarawak, selain hanya bercakap tentang hak dan mengocak sentimenrakyat,” katanya pada majlis bersama rakyat di Kampung Lajong di daerah kecilMatunggong, di sini malam kelmarin.

Ongkili berkata hak rakyat memang penting dan “oleh itu ia sentiasa diperjuangkan parti-parti Barisan Nasional, terutama Parti Bersatu Sabah (PBS)kerana ia menjadi asas kewujudan kami sebagai sebuah parti politik”.

Katanya PBS tidak akan berkompromi dalam perkara berkaitan kepentingan rakyat, termasuk memorandum 20 perkara untuk melindungi kepentingan, hak dan autonomi rakyat Sabah ketika penubuhan Malaysia.

“Rakyat perlu bijak apabila memilih kerajaan. Kerajaan yang baik adalah yang memberi perhatian kepada keperluan serta kepentingan rakyat dan pada waktu yang sama, memberi tumpuan terhadap kemajuan dan pembangunan rakyat dalam segenap aspek,” katanya. — Bernama

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.