Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Peningkatan kos beri kesan kepada NGO, kata World Vision
Peningkatan kos beri kesan kepada NGO, kata World Vision
Posted on July 24, 2012, Tuesday
KUALA LUMPUR: Badan Bukan Kerajaan (NGO) kini merasai keperitan apabila peningkatan kos memaksa penderma tetap mereka untuk mengurangkan sumbangan dan derma pula menjadi perlahan, kata World Vision Malaysia.
Bagi memastikan kalangan yang dibantu terus mendapat setiap bantuan yang diperlukan, NGO berusaha keras mengawal perbelanjaan sambil mencari sumber sumbangan pendapatan alternatif untuk menampung kekurangan.
“Tiada siapapun yang kebal daripada kos sara hidup yang tinggi.
“Perkara yang serupa terpakai kepada kebanyakan komuniti yang cuba dibantu World Vision menerusi rakan tempatan kami di Malaysia dan pengatur cara kawasan pembangunan di luar negara yang diusahakan oleh World Vision,” kata Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Malaysia, Liew Tong Ngan dalam satu kenyataan semalam.
“Banyak daripada komuniti ini yang terpaksa bertahan dengan inflasi melampau di sesetengah negara yang mencecah sehingga 20 peratus.
“Sebahagian yang lain pula terus dibebankan lagi apabila dilanda bencana alam dan kemusnahan akibat peperangan,” katanya.
World Vision Malaysia, sebuah pertubuhan yang memberi fokus kepada kanak-kanak, bantuan Kristian antarabangsa, pembangunan dan sokongan yang mengumpul dana bagi pelbagai komuniti antarabangsa dan tempatan terutamanya menerusi Program Penajaan Kanak-kanak Antarabangsa. — Bernama
<< Previous Entry - Next Entry >>



