Mangsa keempat letupan Kapal MISC ditemui seorang nelayan

LABUAN: Mayat keempat iaitu salah satu dari dua mangsa yang belum ditemui akibat letupan Kapal MISC Bunga Alpina di jeti Petronas Methanol Labuan (PML) pada Khamis lalu telah ditemui kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin, kelmarin berkata mayat keempat dikenalpasti sebagai Colanggoy Calaluan Errol, 22 iaitu seorang warga Filipina.

“Mayat keempat ini telah ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di sebelah perairan berhampiran kawasan Nagalang iaitu kira-kira 3 batu nautika dari lokasi kejadian letupan kapal pada jam 9.04 pagi.

“Sebelumnya, pihak bomba telah menerima panggilan dari seorang nelayan yang telah menemui sebujur tubuh terapung di laut.

“Disebabkan oleh ombak dan angin yang kuat serta keadaan laut air pasang, mayat mangsa telah diheret jauh dari tempat kejadian,” katanya.

Zainal berkata, mayat mangsa sedikit berbau ketika ditemui, namun keadaan fizikalnya masih boleh dikenalpasti sebagai mangsa letupan kapal itu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Labuan untuk dibedah siasat.

Mangsa letupan pertama yang ditemui dikenalpasti sebagai Shahril Azmi Baharudin, 28, dari Melaka iaitu pada hari kejadian berlaku.

Dua lagi mangsa telah ditemui pada Jumaat lalu iaitu Hanafi Khalil, 24, berasal dari Melaka dan Zahari Hassim, 46, dari Negeri Sembilan.

Manakala, mangsa yang terakhir iaitu Muhammad Nazrin Khamsani, 20, dari Kuala Lumpur belum lagi ditemui sehingga kini.

Zainal berkata, operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan sehingga kini untuk mencari mangsa kelima terbabit.

Dilaporkan anak kapal yang terselamat iaitu seramai 19 orang kesemuanya masih lagi diletakkan di satu tempat khas sehingga mereka pulih dari keadaan trauma yang sedang mereka alami akibat dari kejadian letupan kapal itu.

Jurucakap bagi syarikat perkapalan MISC dan Petronas belum membenarkan pihak luar termasuk media untuk bertemu dengan kesemua mangsa yang terselamat sehingga mereka benar-benar pulih dari keadaan trauma mereka itu.

 

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of