Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Laporan terhadap individu fitnah polis menyeludup dadah diteliti
Laporan terhadap individu fitnah polis menyeludup dadah diteliti
Posted on July 31, 2012, Tuesday
KUCHING: Polis akan me-neliti laporan terhadap individu yang memfitnah polis Sarawak menyeludup dadah menerusi komen di Facebook sebelum mengambil sebarang tindakan.
Menurut Ketua Polis Da-erah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, bagaimanapun sekiranya ia didapati ber- unsurkan jenayah maka polis akan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu ber-kenaan.
“Kita semak dulu laporan dan teliti isi kandungan atau fakta-fakta yang disebut dalam Facebook terlebih dahulu.
“Sekiranya terdapat unsur jenayah, maka kita akan mengambil tindakan,” kata-nya kepada pemberita, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pengguna Facebook yang menabur fitnah bahawa polis Sarawak menyeludup dadah dan kononnya mendalangi kes dadah di Bau.
Pada Selasa lepas, (24 Julai) lelaki itu yang juga penulis sebuah blog memberi komen pada status portal berita Sarawak Update, ‘Polis Sarawak terlibat dalam penyeludpan dadah di Sarawak. Kita tidak boleh berpura-pura ia tidak berlaku’.
Berhubung insiden tersebut, Presiden Media Sosial Sarawak Wan Abdullah Edruce membuat laporan di Balai Polis Satok pada hari yang sama setelah menyifatkan tindakan lelaki berkenaan mempunyai niat tidak baik kepada polis dan pemimpin-pemimpin negeri dan negara, selain cuba menghasut pengguna Facebook lain untuk membenci pihak berkuasa.
Terdahulu, Roslan bersama timbalannya, Superintenden Pauzi Bujang dan Superintenden Abang Ahmad Abang Julai berbuka puasa bersama seramai 150 anggota polis bertugas semasa bulan Ramadan termasuk anggota tentera sebagai tanda menghargai jasa dan bakti di Bazar Ramadan Satok.
<< Previous Entry - Next Entry >>
Advertisement





