Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Lebih RM60.2 juta diagih kepada penerima bantuan di Sarawak

Lebih RM60.2 juta diagih kepada penerima bantuan di Sarawak

Posted on July 31, 2012, Tuesday

KERJASAMA: Fatimah (tengah) bersama penduduk kampung menggaul bubur pedas sebelum diagihkan kepada orang ramai.

KUCHING: Sehingga Jun 2012, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) telah menyalurkan perbelanjaan lebih RM60.2 juta kepada penerima bantuan bulanan di seluruh Sara-wak.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah yang menjelaskan perbelanjaan itu untuk 47,097 penerima bantuan bulanan di negeri ini.

Beliau memberitahu bahawa perbelanjaan paling tinggi dalam bantuan bulanan itu adalah melibatkan bantuan orang tua iaitu sebanyak RM28,203,900 membabitkan 17,272 penerima diikuti bantuan kanak-kanak RM15,426,750 melibatkan 12,510 orang.

Tambahnya, pecahan lain bantuan bulanan itu melibatkan elaun pekerja cacat (RM2,702,800 membabitkan 1,940 penerima), bantuan penjagaan OKU/pesakit kronik terlantar (RM3,086,700 – 1,980 penerima), bantuan OKU tidak bekerja, (RM2,132,200 – 2,878 penerima), bantuan am (RM6,770,357 – 10,512 pene-rima), MTEN (tambahan 33.3 peratus) RM1,912,905 dan bantuan anak pelihara (RM9,250 – lima penerima).

“Setakat Jun 2012, JKMNS telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM60,244,862 untuk 47,097 penerima bantuan bulanan di seluruh negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan semasa program Jerayawara Bubur Pedas dan Bubur Lambuk sempena program Sejambak Kasih 2012 di Surau Darul Ikhlas Kampung Boom, Oya pada Ahad lepas yang di-emelkan semalam.

Pada masa yang sama beliau memberitahu menerusi program Sejambak Kasih tahun ini, seramai 14,913 orang di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh negeri Sarawak akan menerima bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Bantuan ini untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan para penerima semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi yang sudah menjadi tanggjungawab JKM untuk membantu rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Pecahan penerima bantuan Program Sejambak Kasih 2012 ialah Kuching sebanyak 3,344 penerima, Samarahan (3,052), Betong (2,498),Mukah (1,791), Limbang (1,309), Sibu (821), Miri (694), Bintulu (611), Sri Aman (412), Sarikei (333)dan Kapit(48).

Print Friendly

Advertisement

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.