Home - Utusan Borneo - Sukan - Sebangki Panjai FC muncul juara Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia
Sebangki Panjai FC muncul juara Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia
Posted on July 31, 2012, Tuesday

KAMI JUARA: Pasukan Sebangki Panjai FC merayaikan kemenangan setelah muncul juara dalam pertandingan itu.
LUBOK ANTU: Pasukan Sebangki Panjai FC muncul juara setelah menewaskan Mymsym FC dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan ahkir dalam Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia Peringkat Parlimen Lubok Antu 2012 yang diadakan di Gelanggang Futsal Sebangki Panjai di sini, semalam.
Dengan kemenangan itu pasukan Sebangki Panjai yang dibimbing pengurus pasukan Edwin Raoh menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta piala.
Manakala Mymsym FC daripada Skim Skrang menerima hadiah RM800 dan menduduki tempat ketiga RELA Lubok Antu yang menerima RM300 serta pingat.
Sebanyak 24 pasukan bagi kategori lelaki menyertai pertandingan yang diadakan selama tiga hari itu.
Sementara itu kategori wanita juara disandang pasukan Lubok Antu FC Senior dan membawa balik wang tunai RM500 serta piala kemenangan.
Manakala Lubok Antu FC Junior menduduki tempat kedua dan menerima wang tunai RM300 serta pingat.
Bagi kategori wanita hanya empat pasukan menyertai pertandingan ini yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Sri Aman.
Pembantu Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Sri Aman Mark Leroy yang mewakili Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak diberi penghormatan untuk menutup majlis perasmian pertandingan itu.
<< Previous Entry - Next Entry >>



