Home - Utusan Borneo - Berita Sabah - IPD KK kutip RM72,000 lelongan awam

IPD KK kutip RM72,000 lelongan awam

Posted on August 1, 2012, Wednesday

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya mengutip lebih RM72,000 dalam satu majlis lelongan awam di sini kelmarin.

Lelongan berkenaan meliputi 37 unit barangan yang dirampas mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum diselesaikan mengikuti  Akta Pelucutan Hak 1988 (Akta 340).

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata pihaknya amat berterima kasih dengan sambutan daripada orang ramai membida dan membeli barangan berkenaan yang mana kesemua barangan berjaya dilelong hanya dalam tempoh dua jam.

Chandra menambah, lelongan yang merupakan julung kali diadakan itu merupakan bahan rampasan kes tahun 2010/2011.

Menurutnya, wang kutipan terbabit akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan sementara RM50 akan diagih kepada IPD Kota Kinabalu bagi seunit barangan yang telah terjual.

Jelas beliau, antara barangan yang menjadi tumpuan adalah 30 utas rantai dan gelang emas 916 karat dan sebuah kereta jenama Honda Civic.

Turut dilelong ialah lori pickup Isuzu, peti sejuk, televisyen, set komputer dan mejanya.

“Kebanyakan barang rampasan ini melibatkan kes-kes narkotik mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

“Kita amat berterima kasih dengan kerjasama orang ramai yang sudi hadir dan membida barangan-barangan ini,” katanya.

Print Friendly

Advertisement

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.