Home - Uncategorized - Judat keluar SPDP untuk menentang Salang di Julau

Judat keluar SPDP untuk menentang Salang di Julau

Posted on August 8, 2012, Wednesday

KUCHING: Naib Presiden SPDP Wong Judat semalam meng-umumkan beliau keluar daripada parti bagi membolehkannya bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Julau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Bagaimanapun surat peletakan jawatan Judat yang juga ADUN Meluan itu belum dapat diserahkan kepada Presiden SPDP Tan Sri  William Mawan Ikom atau Setia-usaha Agung Nelson Balang Rining kerana tidak berada di pejabat.

Kerusi Julau sekarang disandang Timbalan Menteri Penera-ngan, Komunikasi dan Kebuda-yaan Datuk Joseph Salang Gandum daripada Parti Rakyat Sara-wak (PRS), selepas memenangi-nya pada PRU 2008.

“Saya tidak mahu melibatkan parti (SPDP) dalam perbalahan antara saya dengan Salang.

“Peletakan jawatan saya ini tidak ada kaitan dengan BN tetapi hanya antara saya dan Salang,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat SPDP di sini, semalam.

Hasrat beliau untuk keluar daripada parti bukan satu rahsia lagi memandangkan telah menguar-uarkannya menerusi akhbar dan menerima pelbagai reaksi para pemimpin BN Negeri.

Judat yang tiba di ibu pejabat parti kira-kira pada jam 2 petang, ingin menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Pemangku Setiausaha Eksekutif SPDP Sallih Bitin tetapi enggan diterima olehnya kerana tidak diberi kuasa berbuat demikian.

Sallih menjelaskan, surat peletakan jawatan itu perlu diserahkan secara terus kepada Setiausaha Agung atau Timbalan Setiausaha Agung atau Presiden atau Timbalan Presiden.

“Anda seharusnya sedia maklum mengenai perkara ini kerana mengikut perlembagaan parti, anda perlu menyerahkan surat itu secara terus kepada Setiausaha Agung (Nelson Balang Rining),” katanya sambil menambah Nelson sedang berada di Kuala Lumpur.

Ketika diminta mengesahkan kandungan surat dalam sampul tersebut adalah surat peletakan jawatannya, Judat yang enggan menunjukkan isi kandungannya sekadar memberitahu:

“Ya, ini memang surat peletakan saya. Saya tidak dapat menunjuk-kan kepada anda (pemberita) tetapi dapat saya katakan antara kandungannya, ia tidak ada kena mengena dengan BN, tetapi antara saya dengan Salang,” katanya.

Beliau seterusnya cuba membuat temu janji untuk bertemu dengan Mawan tetapi dimaklumkan bahawa Menteri Pembangunan Sosial tersebut masih dalam mesyuarat.

“Saya akan bertemu dengannya bagi menyerahkan surat ter-sebut sebaik sahaja dapat me-netapkan temu janji dengan pre-siden,” katanya.

Mawan gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasan berhubung perkembangan tersebut.

Print Friendly

Advertisement

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.