Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - K’jaan diminta perkenal polisi pengangkutan awam darat nasional
K’jaan diminta perkenal polisi pengangkutan awam darat nasional
Posted on August 8, 2012, Wednesday
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memperkenal-kan polisi pengangkutan awam darat nasional yang bertujuan antara lain, untuk membantu pengusaha bas ekspres dan henti-henti di negara ini.
Presiden Persatuan Bas Se-Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata tanpa dasar yang jelas ditambah dengan keadaan kewang-an syarikat bas yang lemah, ramai pengusaha bas tidak pasti apa yang perlu dilakukan untuk mempertahankan perniagaan mereka.
“Pengusaha bas kini tidak berani untuk melabur modal tambahan dalam syarikat tanpa polisi seumpama itu,” kata-nya dalam satu memorandum yang mengandungi 14 cada-ngan lain untuk dipertim-bangkan dalam pembenta-ngan Belanjawan 2013, September ini.
Memorandum itu dihantar 30 Julai lalu kepada Kemen-terian Kewangan untuk perhatian Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia turut dihantar ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Mohamad Ashfar berkata sehingga kini rata-rata pen-g-usaha bas tidak pasti sama ada kerajaan mahu mengambil alih operasi perkhidmatan bas atau menyerahkan operasi perkhidmatan itu kepada pihak swasta.
Dalam pada itu, PMBOA turut mencadangkan supaya kerajaan meluluskan kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus berbanding tambang semasa untuk bas yang beroperasi di kawasan berbukit seperti Genting Highlands.
Ia mencadangkan kerajaan merangka formula kenaikan tambang secara automatik setiap dua tahun sekali untuk menampung inflasi dan kenaikan kos.
Mohamad Ashfar berkata kenaikan tambang bas terakhir oleh kerajaan adalah pada 2008 dan sejak itu industri bas terpaksa berhadapan dengan peningkatan kos termasuk penyelenggaraan, kos tayar, tol, casis dan gaji pemandu.
Cadangan lain yang dibangkitkan PMBOA ialah melanjutkan jangka hayat perkhidmatan bas ekspres selama 10 tahun dan 15 tahun bagi bas henti-henti, selain membekukan pengeluaran permit ke-pada pengusaha baharu untuk tempoh tiga tahun.
Sementara itu, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar, dalam khidmat pesanan ringkas kepada BERNAMA, berkata semua cadangan daripada PMBOA itu sedang dikaji secara terperinci.
“Kami sedar akan masalah mereka. Kami sedang mengkaji isu dibangkitkan mereka. Ti-dak dinafikan kos semakin me-ningkat,” katanya. — Bernama
<< Previous Entry - Next Entry >>
Advertisement





