Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - PEKEMA S’wak hulur sumbangan Hari Raya kepada 103 penerima
PEKEMA S’wak hulur sumbangan Hari Raya kepada 103 penerima
Posted on August 8, 2012, Wednesday

PRIHATIN: Abang Khalid (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada para penerima yang terdiri daripada pelajar SK Merpati Jepang. — Gambar Jeffrey Mostapha
KUCHING: Persatuan Peng-import dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak semalam menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada seramai 103 orang dari golongan memerlukan di kawasan Samariang.
Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengeru-sinya, Datuk Abang Khalid Abang Marzuki di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, di sini.
Para penerima terdiri daripada pelajar-pelajar miskin di SK Merpati Jepang, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan orang miskin.
“Kita berharap sumbangan ini dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan bagi meraikan Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Abang Khalid berkata, PEKEMA Sarawak komited untuk mempertingkatkan aktiviti kebajikan kepada golongan kurang bernasib baik di seluruh negeri.
Menurutnya, PEKEMA Sarawak juga telah mengadakan program kebajikan di sekitar negeri ini seperti di Simunjan, Kanowit, Sarikei, Sibu dan banyak lagi.
Turut hadir ialah Guru Besar SK Merpati Jepang Talip Joperi.
<< Previous Entry - Next Entry >>



